Tuesday, February 3, 2009

Kupendam sebuah harapan... Demi sebuah kenangan silam...

Dikala sentuhan mentari,
tidak lagi memberi kehangatan..
Dikala titisan embun,
tidak lagi memberi kesejukan..
Dikala semerbak mawar,
tidak lagi menabur kewangian..
Dikala kicauan burung,
tidak lagi bersenandung lagu cinta..
Dikala semilir angin,
tidak lagi bernyanyi lagu rindu..

Segalanya kian pudar,
dipeluk malam..
Segalanya kian beku,
dipeluk bisu..
Segalanya kian tenggelam,
disorot masa..

Sesaat ku terlontar,
di hujung keresahan..
Resah disudut hatiku..
Diammu membuat aku gundah,
Bisumu membuat aku lara..
Tanpaku sedari semuanya tertutup
bagai kabus senja..

Mungkin,
Cinta lagi bersemi dihatimu..
Mungkin,
Cinta itu telah hilang dari hatimu..

Atau,
Rindu itu telah hilang dari hatimu..
Atau,
Rindu itu telah pudar dari ingatanmu..

Namun,
Ku kan tega berdiri..
Bagai karang di lautan..
Biarpun gundah menyiksa..
Biarpun resah mendera..

Kerana,
Cintaku telah terpatri..
Untukmu buat selamanya..

No comments:

Post a Comment