Tuesday, February 3, 2009

Ilustrasi Sekeping Hati.....

Langit kadangkala mendung, adakala cerah...

Hati adakala marah…

Perasaan suka ada cinta…

Peristiwa dan kenangan, ada dendam ada terluka…

Suka tapi belum pasti…

Mentari muncul tepat diufuknya…

Biru melambangkan cemburu…

Milik siapa hati itu…???

Siang, bilakan datangnya malam???

Menanti kehadiran diwaktu senja…

Berpuitis dan bermadah, entah untuk siapa…?

Gelora lautan, adakala deras dan tenang ditepian…

Ada waktunya ia pandai berubah…

Senantiasa, kian ditelan jalanan…

Apakah punya kesudahan dan penamat coretan,

Mana mungkin dan tidak…

Mungkin…tidak…

Cinta apa kamu cari dan cinta apa kamu beri…?

Sayang apa kamu mahu dan sayang apa kamu perlu…?

Rindu kamu pada siapa dan dituju untuk siapa…?

Cuba buka ruang untuk aku…

Aku jua insan perlu cinta, kasih dan sayang…

Aku juga perlu teman dan sokongan…

Pada siapa? Ada apa pada dia?

Aku Cuma mahukan waktu dan hari yang panjang…

Untuk terus berada disisimu selalu…

Pasti ada jalan buat kita…

Aku mahu memahami dan mengerti perasaanmu…

Jangan kerana kemarahan, mata kita jadi kabut…

Jangan kerana kesedihan, hati kian jauh…

Jangan kerana kesedihan, hati kian jauh…

Milik siapa hati itu…? MILIK KAMU!!!

Maaf jika aku yang bersalah…

Jangan kerana kata-kata ini, kita bisa sakit dan rebah…

Bangkitlah, jangan biarkan perpisahan terjadi…

Ku berdoa pada Ilahi, moga kita dilindungi,

Apa yang terjadi bukan pinta kita sendiri…

No comments:

Post a Comment