Friday, December 31, 2010

doa utk MUMMY~

hari ni seperti yg djadualkan, MUMMY akan balik rumah.. TAPI, disebabkan keadaan kesihatan MUMMY masih xmengizinkan beliau untuk melalui perjalanan jauh menyebabkan MUMMY xdpt balik.. ada sedikit kekecewaan di hatiku, tapi ku harus sabar. MUMMY, cepat sembuh ya..

so, hanya daddy, ashraf & adik jer yg blik ari ni.. memandangkan 2 hari lagi sesi persekolahan akan bermula. Mulai saat ini, aku akan mengganti tugas2 yang sebelum ini merupakan tanggungjawab MUMMY... ada rasa agak berat di situ, namun aku lah calon yang paling sesuai untuk memikul tanggungjawab ini. 

start tahun 2011, aku harus mengenepikan semua cita-cita & harapanku demi family ku. entah betul atau x keputusanku ini. semuanya bermula dengan kehidupan kami yang semakin hari semakin pudar. semenjak MUMMY sakit, segala2nya berubah. sudah xbmakna lg bagiku khidupan remajaku. ijazah yang ku pegang pada 5 DEC baru2 ni, seolah2 xmemberi apa2 jaminan untukku. semuanya kerana aku sayangkan MUMMY lebih dari sgalanya.

aku cuma harapkan, 2011 menjanjikan kebahagiaan pada kami sekeluarga.. aku harapkan & yakin MUMMY akan sembuh. Ya ALLAH, hanya padaMU aku memohon..satukanlah kami semula.. AMIN~~


No comments:

Post a Comment