Wednesday, February 4, 2009

Suaraku tanpa bicara...

Ini bukan aku! menyendiri, membisu tanpa kata.
Ini bukan aku! Kerana aku tahu siapa aku.

Namun kerana kamu, Untuk kamu aku rela.
Aku tahu betapa sukarnya untuk aku sebegini.
Namun demi kamu, aku sanggup! aku gagahi jua.

Walau di suatu ketika terdetik rasa untuk ku dakapi mu,
ku nyatakan kerinduan ku padamu, namun aku tahu
ini bukan masanya untuk semua itu.
Sesungguhnya berat rasa hati ini...
Terasa seolah-olah aku menzalimi diriku,
menzalimi kamu dan mereka yang aku sayangi..

Namun kebisuan ini buat aku terasa lebih dekat padamu,
kebisuan ini buat aku lebih menyayangimu,
kerana kebisuan zahir ku bukanlah kebisuan hatiku.

Aku pasti kamu tahu, kamu juga pasti tahu,
Kita tidak pernah jauh...

No comments:

Post a Comment